09 November 2010

Ujian...

"...Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh) Allah."
(Surah Luqman: 17)

Mesir ni terdiri dari huruf مصر. Setiap daripada huruf tu ada maksudnya tersendiri. م membawa maksud musibah, ص bermaksud sabar dan ر maksudnya rahmat. Orang kata, kalau datang mesir memang x sah kalau x kena musibah.

Dan sesungguhnya, ujian Allah itu datang tanpa diduga..


Post kali ni aku ingin ucapkan takziah kepada member2 aku yang tidak bernasib baek baru-baru ni. Beg kuliah kepunyaan si Y yang berisi dompet serta hp dan kasut Adidas si H telah dikebas tanpa segan silunya oleh si fulan ketika si Y dan H sedang menunaikan solat dengan khusyuk di dalam masjid universiti. 

Berani sungguh si fulan itu!! Mencuri pun dalam masjid!! Ish3.. Si Y dan H begitu kecewa. Peristiwa ini telah mengundang kemarahan Afnan..


"Ish!! Tak guna punya pencuri!! Nanti aku pasang 'santet', baru dia tau!!" katanya penuh beremosi. Seolah-olah barangnya pula yang dicuri. Dia memang seorang mengambil berat. Kononnya~


"Eh, x boleh tu nan, bahaya.." aku mententeramkannya. Boleh juga dikatakan mengambil berat.


Tapi mangsa kejadian ni memang penyabar orangnya. Si Y dan H tidak seperti orang laen yang kehilangan barang. Mereka tenang dan cool bersahaja. Mungkin ramai gadis2 ketika itu..


"Hmm..xpa la tu. Jom kita makan krips dulu," kata si H memberi cadangan. Mungkin dia cuba menenangkan fikiran dengan makan. Namun ku tahu perasaannya. Ku yakin dia sedih kerana tidak mampu lagi menatap kasut Adidas putihnya yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh itu.

Lepas tu, kitorang buat laporan polis. Di suatu bilik yang suram dengan sinaran matahari ditambah dengan kipas yang berputar dengan perlahan menghidupkan suasana seperti ayat-ayat cinta ketika soal siasat dijalankan. 


Akhir kata,
Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ini...


***** 



Gua juga ada ujian. Ujian Histo. Pening gua memikirkan benda ni. Mungkin lepas makan krips baru tenang, ye tak??





06 November 2010

Budak-budak Dan Nakal

2-3 hari ni, aku dan yang laen di Kaherah, ada program penting, so kitorang mengorbankan jiwa dan raga untuk berusaha menghadirkan diri...

Alkisah, time kitorang menunggu tramco sampai, ada la bebudak arab ni datang mengacau gila-gila. Sempat lagi mengorat banat-banat..ish3, ni nanti bila besar memang sah, jadi buaya darat kaw-kaw punya...

"Ni la budak arab paling 'kick' pernah aku jumpa!!" saiful menyatakan ketidakpuashatian. Mungkin cinta hatinya turut dingorat


"Alaa, rilek laa. Budak lagi pun," gajah mententeramkannya.

Sesungguhnya, kami memang pandai manipulasi keadaan, ajar diorang menari sumazau yang x berapa nak jadi..heh~



Oleh yang demikian, maka berbanggalah orang yang mencipta tarian sumazau ini kerana tarian anda telah sampai di bumi Mesir~


P/S : Mak bapak budak-budak ni x risau ke biar anak berkeliaran malam-malam?? Hmm..x paham aku..

03 November 2010

Huu...Panas..

Ahli rumah yang baru
Akhirnya, penderitaan ku ketika mandi di awal pagi akan sampai ke penghujungnya..
Yeah!!!!! 

Syukran jazilan banyak2 ye tuan rumah yakni Tuan Said bab sponsor 'sakhona' baru..memang sumbangan anda amat dinantikan selama ini...

Tapi yang gua sedih, pekerja yang pasang benda tu buat rumah kitorang banjir, pastu buat x tahu lagi tu!! Xpa, gua sabar, ni tempat diorang, boleh la dorang tunjuk belang, nasib baek iman di dada kuat..heh~

Kesian member aku kena bersihkan rumah. Dah la penat dari kuliah, pastu kena mop lantai lg. Banyakkan bersabar ya. Macam la x biasa kan??


Waa..rajinnya

"Hmm..lepas ni aku mau vacuum plak laa"

"Adeh..banyaknya mau cuci"

Kalau mak bapak korang nampak ni, konfem bangga weyh!!


P/S : Pergh..nikmatnya mandi!! Macam dalam spa woo!! 


31 October 2010

Bawalah Angin Itu...

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang sentiasa berada di atas. 
Tapi orang yang masih berdiri ketika orang lain jatuh"
(anonymous) 


Benar..sesungguhnya, walaupun sudah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam exam yang lepas, tidak menjamin keputusan exam yang akan datang.

Kadang-kadang kita kena bertahan untuk pada keadaan kita sekarang. Jangan terlalu gigih mendaki mahupun leka dibuai mimpi. Kelak bila sudah terjatuh, pasti sukar untuk kita bangkit kembali.

Dan ketahuilah bahawa, Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi diriku ini lain, sejak mula kuliah, baca buku x sampai 5 minit. Sket2 mengantuk. Peh, macam mana nak dapat mumtaz!! 



Sedarlah wahai insan bernama Hafiz. Keluargamu di sana mengharapkan kejayaanmu~




Buat sesiapa yang terasa

Andai esok sifatku begini,
Kejayaan tidak akan datang mencari,
Cubaan duniawi silih berganti,
Tiap degupan tanpa henti,
Entah bila akan kusedari.

Kini hujan membasahi bumi,
Di bumi anbiya' buat ke sekian kali,
Moga dengan hujan rahmat ini,
Membawa angin perubahan diri,
Menjadi doktor Muslim yang sejati...

P/S : Tiba-tiba ada sumthing menusuk kalbu gua hari ni. Mungkin ianya hidayah dari Allah.. Semoga~ 

Nota tambahan : Gua demam. Sekian

 
 

27 October 2010

Secara Rasminya...

Dengan ini, ku ingin mengumumkan,

bahawa secara rasminya,

aku telah pun khatam benda ni...


Novel Denyut Kasih Medik



Hahaha!!

Akhirnya, habis jugak aku baca. Rasa terseksa betol kalau x habiskan. Banyak da masa study aku tergadai dek menghabiskan benda neyh!


Apa-apa pun, gua mengucapkan jutaan syukran kepada Liyana Khalisa sebab sudi pinjamkan..hehe...Laen kali, beli lagi banyak2 novel ye, pastu boleh gua pinjam, kan?? 
*Bajet nak jimat duit~


Nanti bila da jadi doktor, aku nak jadi cam Dr Muslih. Harap2 dapat bini cam bini dia. Pergh..bahagia hidup!!


P/S : Gua tidak berjiwa sentimental mahupun romantik. Sekian, harap maklum...


 
Related Posts with Thumbnails