Saya suka tangkap gambar. Bukan bermaksud tangkap guna tangan, tapi tangkap guna kamera. Bukan juga bermaksud untuk loyar buruk, tapi ada sesetengah orang itu mentafsirkan sesuatu ayat itu melalui apa yang dibaca. Jadi, jangan marah pada orang itu.
Saya juga suka menulis. Maka, di sini dapat dilihat bahawa saya ada dua benda yang saya suka.
Tapi untuk suka yang pertama, saya amat terhad. Sebabnya yang pertama, tiada DSLR =3
Ok..
Saya tahu. Untuk menangkap gambar, tidak semestinya perlu ada DSLR. Tapi kamera 4 segi warna merah saya sudah cedera. Jatuh..berkecai...
"Nan, ambil dulu gambar aku,"
"Okeh2," kata afnan
di suatu dataran yang luas betul-betul di hadapan temple hatshepsut, memang orang kata sangat nice untuk ambil gambar, pose berlari jadi tragedi...
huh....
Jadi, tinggal lah suka yang no 2. Menulis.
tapi entah kenapa, perasaan mahu menulis itu lesap x tahu hilang di mana. Oleh sebab itu lah cerita di atas sedikit merapu.
Mungkin kerana mengenangkan peperiksaan yang 'around the corner' kata orang putih. Menurut logiknya, dengan itu (kurang menulis), saya akan lebih banyak 'study'.
X juga..
Haha~
Oh, nak cerita pasal apa lagi ya?
Hmm, baru-baru ni saya berskype dengan famili. Kata umi, uda jadi wakil sekolah dalam peringkat negeri. Kiranya wakil daerah la kan? Acara lompat tinggi.
"Kenapa tidak ikut acara balapan?"
"Cukup la satu saja, susah kalau banyak sangat pingat di rumah.."
Oh...
*Umi pesan, kalau dapat mumtaz, dapat Ipad...
ahhh...ni yang buat susah hati ni.....
@.@
oit, niat kena betul!!