31 October 2010

Bawalah Angin Itu...

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang sentiasa berada di atas. 
Tapi orang yang masih berdiri ketika orang lain jatuh"
(anonymous) 


Benar..sesungguhnya, walaupun sudah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam exam yang lepas, tidak menjamin keputusan exam yang akan datang.

Kadang-kadang kita kena bertahan untuk pada keadaan kita sekarang. Jangan terlalu gigih mendaki mahupun leka dibuai mimpi. Kelak bila sudah terjatuh, pasti sukar untuk kita bangkit kembali.

Dan ketahuilah bahawa, Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi diriku ini lain, sejak mula kuliah, baca buku x sampai 5 minit. Sket2 mengantuk. Peh, macam mana nak dapat mumtaz!! 



Sedarlah wahai insan bernama Hafiz. Keluargamu di sana mengharapkan kejayaanmu~




Buat sesiapa yang terasa

Andai esok sifatku begini,
Kejayaan tidak akan datang mencari,
Cubaan duniawi silih berganti,
Tiap degupan tanpa henti,
Entah bila akan kusedari.

Kini hujan membasahi bumi,
Di bumi anbiya' buat ke sekian kali,
Moga dengan hujan rahmat ini,
Membawa angin perubahan diri,
Menjadi doktor Muslim yang sejati...

P/S : Tiba-tiba ada sumthing menusuk kalbu gua hari ni. Mungkin ianya hidayah dari Allah.. Semoga~ 

Nota tambahan : Gua demam. Sekian

 
 

27 October 2010

Secara Rasminya...

Dengan ini, ku ingin mengumumkan,

bahawa secara rasminya,

aku telah pun khatam benda ni...


Novel Denyut Kasih Medik



Hahaha!!

Akhirnya, habis jugak aku baca. Rasa terseksa betol kalau x habiskan. Banyak da masa study aku tergadai dek menghabiskan benda neyh!


Apa-apa pun, gua mengucapkan jutaan syukran kepada Liyana Khalisa sebab sudi pinjamkan..hehe...Laen kali, beli lagi banyak2 novel ye, pastu boleh gua pinjam, kan?? 
*Bajet nak jimat duit~


Nanti bila da jadi doktor, aku nak jadi cam Dr Muslih. Harap2 dapat bini cam bini dia. Pergh..bahagia hidup!!


P/S : Gua tidak berjiwa sentimental mahupun romantik. Sekian, harap maklum...


 

23 October 2010

Online lagi...

Internet kami

Alonso tengah maen weyh!!

Jengjeng!!

Selain membuka facebook, email dan juga blog, perkhidmatan live streaming bola sepak juga disediakan. Lepas ni kita lepak ramai2 kat rumah gua minum 'syai' tengok EPL, okay!

Yang penting, bawa makanan sendiri arr! Gua misy fulus nak layan korang..


Satu je aku nak nasihat...

kalau hari-hari tak boleh nak study,
jangan salahkan si internet,
tapi salahkan diri sendiri,
yang gatal tangan connect...




P/S : Gua boleh tengok Arsenal maen dah..yessss!!!

19 October 2010

Zagazig Di Tapak Kakiku...

Setelah menunggu berkurun lamanya, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di padang pasir Zagazig. Menyedihkan sungguh namanya..

Aku sampai je sini malam tu, esok paginya kena suruh pi kuliah terus. Adei, sakit pinggang aku x hilang lagi ni weyh!!
Gila apa??

Tapi, gua sebagai insan yang tabah, tetap bangun awal pagi then, masak nasi goreng paprik untuk sarapan..Macam pro kan bunyinya?? Percayalah kataku ini, aku "masak"...


********

Sebelum sampai Zagazig, abang Imam ada cakap..

"Rumah kamu tu bagus, ada TV, ada mesin basuh, ada dapur gas, ada katil, siap ada cadar lagi" katanya

"Betul ke ni??" hatiku mula berbunga..

"Betul, kawan kamu yang dapat rumah lain dapat rumah kosong ja. Kamu kira untung da ni" katanya lagi..

Kini aku di rumah itu. Adakah benar kisah ini?? Anda nilai sendiri..

Dapur@ruang tamu...smart kan?

Kabinet dapur ala Perancis bertatahkan batu marmar import khas dari Mexico

Meja makan@meja study yang mempunyai kelas tersendiri

Mesin basuh antik-automatik Zanussi dari Jepun

Almari antik+TV buatan tangan tegap Arab..(TV sekadar hiasan okay)

Permaidani empuk dari India...
Power kan rumah gua? Ada fight rumah korang x?
Heh..jangan menduga lautan luas kalau kail panjang sejengkal..
Ingat pesan gua baek2..


******

Kepada rakan-rakan seperjuanganku di Kolej Matrikulasi Labuan yang tidak berair itu, semoga berjaya ku ucapkan. Janganlah korang mensia-siakan usahaku menjaga korang selama 5 bulan itu, okay? Jawab PSPM tu baek2..jangan dilupai kenangan di kala kita 'mengail ikan' bersama time kuliah biology itu ya! Ku harap anda semua dapat menjawab soalan bio itu..

Semoga korang semua dapat "4 rata"..(tidak termasuk aku)

Kepada nenekku a.k.a 'yang', didoakan agar selamat anda di bumi Mekah. Moga-moga dapat haji mabrur...amin..Kalau ada apa-apa, bagitau je arr 'yang', nanti apis datang..


P/S : Aku nak naek haji la tahun depan. Baru la dapat jadi imam solat jumaat bila balik nanti, ye tak?

10 October 2010

Aku Dan Alexandria

Minta maaf aku lama x update. Sebab aku sibuk men"ziarahi" member aku (yakni burin) kat Alexandria.
*bukan melancong..sekian..

Gua pi sana naek kereta sewa. Tapi ada member aku sorang ni x puas hati bab x inform dia aku nak jalan. Alaa..rilek la bro, pe hal marah-marah kat gua ni. Aku lupa nak inform laa. Serius....Minta maaf ya...(moga diterima)


Kali ni aku malas nak tulis panjang-panjang. Xde mood sebab member kata aku x "true friend". Peh..sadis...


So, aku post gambar je la ye..


Beli tiket ke Iskandariah
Laut Mediterranean yang mendamaikan


Bandar Iskandariah
Depan kubu


Inilah kami~
Ice Cream yang mengiurkan~
Jalan di Alexandria
Train station di Iskandariah
Eh..aku kat Paris ker??
Nak balik Cairo dah~
Huh..Illuminati?? Freemason??
Burin..melayan kami "sebaiknya" di Alexandria


Sila ambil nota:


Iskandariah itu sama maksudnya dengan Alexandria. Faham?
Umpama sigup (bahasa Sabah) dan rokok..
Harap sampai maksud gua..
Sekian..

03 October 2010

Pergi...

Petang tadi aku melambai tangan kat budak-budak YS. Diorang dapat penempatan di Alexandria University. 8 orang semuanya. 2 laki 6 pompuan. 

Kalau kahwin, cukup da sorang laki dapat 3, tinggal 1 lagi nak cukupkan 4, ye tak?

Aku nak sedih-sedih tapi x dapat. Buat apa jgk? Bukannya aku x boleh jumpa lagi pun. Kalau setakat Alex menjadi penghalang, no hal laa..


Muka masing-masing aku tengok riang-ria suka hati. Tapi di hati diorang, siapa tau.. Sesungguhnya, aku malas nak kesah..


Semoga selamat kalian di sana. Jangan sampai x ingat nak balik Cairo arr..

******


Ni member aku, burin, yang telah pergi meninggalkan kita..


Dalam ingatan, (14 September 2010 - 3 Oktober 2010). Semoga dirahmati Allah di sana....


Peh..macam dah mati...hehe~

02 October 2010

Semangat jugak!!

Kelmarin, loy bawa aku pi CityStar. Bawa member jalan-jalan. (Jantina dirahsiakan)

"Buat apa pi citystar?" aku bertanya

"Ntah la diorang, macam nak beli winter coat" kata loy

"Huh? winter coat? Belum masuk winter lagi pun neyh. Semangat jugak!"

"Alaa, biar la bha, taste dorang"

Aku on saja. Daripada aku mereput di rumah, baek aku jalan-jalan. Kitorang bahagi 3 group.
Group aku naik teksi dulu.


"Citystar??" aku tanya pakcik teksi. Dia mengangguk.Aku terus masuk. Malas nak tunggu lama-lama.


Lepas 2 minit dalam teksi, aku boring...


"Ya amu, no song?" jari aku menunjuk ke radio teksinya. 

Ntah masih bernyawa atau tidak radionya itu.

"Wokeh" katanya penuh yakin. Ntah-ntah itu je ayat english yang dia tau.

Kata senior, kalau boleh nyanyi lagu arab dalam teksi, driver tu boleh bagi tambang murah sebab diorang suka kalau ada orang luar minat negara diorang. Tapi masalahnya, satu lirik pun aku x tau nak sebut. Peh...

Sampai citystar..

"Khalas" aku suruh berhenti


"Bi kam?(Berapa?)"

"Sittah wa nus (6.50) " kata pakcik teksi

Hmm..boleh tahan laa. X la mahal sangat. Aku bangga dapat tambang murah. Bila aku tanya loy berapa tambang diorang, dia kata 5.00 je. Si burin plak 6.00.


Cis, aku punya paling mahal!! X guna betul! Ntah-ntah pakcik teksi tu bagi cas dengar muzik. Haish..mengarut sungguh!!


******


Member-member aku ni, kalau shopping memang banyak songeh. Dibelek-belek, tapi x juga dibeli. Alaa, lantak korang lah. Bukan duit aku jugak. 

Last-last dorang ada jugak membeli. Winter coat diorang bukan sembarangan woo. Kalah fesyen winter orang Europe. Macam la ada turun salji kat sini. Heh~
Lebih kurang macam ni la, tapi diorang punya lagi smart..pergh


P/S : Masalahnya sekarang, aku je lagi yang belum ada winter coat. Kritik orang pandai, tapi sendiri belum beli. Cis!!


 
Related Posts with Thumbnails