08 March 2012

Malaysian Day



Jom ramai-ramai datang kuliah esok...biar orang Arab tahu tinggi rendah budaya orang malaysia dgn mesir macam mana...

siapa yang selalu alergik sebab lama x makan makanan malaysia pun digalakkan untuk datang. Kita ada gado-gado khas hasil air tangan Chef Libau..juga nasi ayam, nasi lemak dan laksa penang dibuat spesel oleh banat-banat D2.

"Dimasak dengan penuh kasih sayang," kata mereka


semoga khabar angin itu benar~



18 February 2012

What if


If people expect you as a great man in their eyes, should you fulfilled their expectation or just be what you are?




hmm..


*di persimpangan dilema - by Nora

17 February 2012

Ilham ini, dariNya

Hari ini, ada satu perkara saya telah pelajari. 
Mungkin perkara ini memang satu benda yang lumrah dalam kehidupan yang sepatutnya saya perlu sedar seawal menjejakkan kaki di bumi asing ini, tapi entah kenapa saya selalu memikirkannya pagi tadi. Malah dalam tidur pun termimpi-mimpi.

'Untuk mendapatkan sesuatu yang besar, kita kena berkorban perkara yang kita biasa'

Lebih kurang macam itulah ayatnya. Saya pun x tahu dari mana datangnya ilham ayat itu. 

Banyak benda yang terlintas di fikiran. Sehinggakan hampir semua perkara saya kait.

Contoh..

"Kalau inginkan keputusan Mumtaz, kenalah kurangkan online"

 atau pun
"Kalau ingin melancong ke mana-mana, kenalah berkorban x balik sabah"
ada juga
"Kalau ingin menjadi doktor yang baik, kenalah kurangkan tidur"
dan
"Kalau x mahu blank masa jawab final nanti, kenalah belajar dari sekarang"


banyak lagi lah.

ok, otak saya sungguh geliga hari ini. Alhamdulillah.



Daebak...





12 February 2012

Catatan Luxor Aswan : Kota Prasasti Purba



Bagi saya,
yang menjadikan sesuatu kembara itu indah bukan kerana berapa banyak gambar yang ditangkap,
atau berapa banyak gambar yang di-upload,
juga bukan kerana berapa banyak status yang di update di FB,
dan sudah tentu bukan kerana berapa banyak entry yang ditulis,
tetapi kerana apa yakni tujuan kita berkembara =)

********

Salam maulidur rasul juga walau telah terlewat....



























Cuba teka, berapa banyak gambar dari kamera Deseler dengan kamera Nikon 4 segi warna merah..

Kalau betul dapat hadiah...hehe


24 January 2012

Resah


Pagi tadi,
atau lebih tepat, jam 6.40 am, adikku dilah telefon.

Terkejut bila henpon berbunyi mengacau tidur yang lena. Tapi digagahi juga untuk diangkat.

"Assalamualaikum abang long. Abg long buat ape tu?" tanya dilah

"Walaikumsalam, abang long tengah tidur ni. Kenapa?" kataku mudah, ingin mempercepatkan perbualan.

"Oh, xpalah abang long, nantilah adik telefon lagi. Assalamualaikum," panggilan dimatikan.

Dan tidur yang terganggu itu disambung kembali. Merancang untuk bangun jam 10.00am untuk study Histo.

Tapi, sesudah bangun dan belajar, terasa segala apa yang dibaca melayang-layang. X melekat. Betul2 x tenteram.

Kenapa adik Dilah tiba-tiba telefon?

Abah ditelefon untuk penjelasan. Kata abah adik di rumah Mak Andak. Abah pun x tau adik adik ada telefon tadi. Pendapat abah, adik rindu.



 


Oh, adikku Dilah, abang long juga rindu
 

Maafkan abang long~
T.T





Related Posts with Thumbnails