16 August 2011

Separuh darimu pergi


alhamdulillah..

Sedar x sedar, separuh ramadan sudah berlalu. Kini, tinggal separuh lagi tuk diharungi. Aku kalau boleh x mahu sebut ayat ini

"Cepatnya masa berlalu!!"

Dan apabila manusia ini tersedar separuh ramadan sudah berlalu, kebiasaannya akan wujudlah 2 reaksi..

Pertama 
"Ya Allah, apa yang aku dah buat selama 16 hari ni? Macam x buat apa2 tau. Fuh, baki 14 hari ni mesti tingkatkan ibadah daripada biasa. Biar bermakna ramadan kali ini."

Kedua
"16 hari sudah? Waa, tinggal 14 hari lagi! Cepat-cepatlah raya, x sabar ni!"

Reaksi pertama tanda cinta
Reaksi kedua tanda alpa
dan kita wahai manusia, bahagian yang mana?
pilihan yang kita tentukan~

*****
Separuh ramadan, banyak perkara berlaku. Bersungkai dengan kawan-kawan lama memang mengubat kerinduan terhadap mereka. Ada yang berjaya malah melangkah lebih jauh nun di sana, ada yang masih di takuk lama. Walau apa pun, sikap mereka tetap seperti dahulu. Semoga persahabatan ini kekal ke akhirnya.

Ditambah lagi dengan kesakitan Kelisa aku yang eksiden baru-baru ni. Eksiden yang mana aku dipersalahkan kerana melanggar padahal dia yang di lorong yang salah, atau erti kata lain, melawan arus. Nasib baik dalam bulan baik, malas nak bertekak lama-lama. X pasal-pasal nanti dia bawa geng belasah aku, buat tambah dosa dia saja. 
Kawan-kawan, bulan ramadan seperti inilah, kita kena belajar 
untuk setiap benda yang sakit pada diri, 
untuk setiap benda yang susah untuk dilalui,
untuk setiap benda yang x berhasil,
kita kena belajar untuk redha, ya...redha. Apalah sangat dengan redha kita tu, jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi selama ini.

Inilah Kelisa itu. Macam xda apa-apa eksiden kan? Memanglah, yang eksiden tu bahagian depan~

08 August 2011

Orang lain x nampak..


Tapi ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui..


"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Al Hujuraat 18)

*******
Baru balik dari bazar Ramadhan. Seperti biasa, memang ramai orang ke hulu ke hilir mencari juadah kegemaran sang perut yang disayangi. Para penjual pula, dengan kata-kata manisnya. Maka bermulalah episod, 1 jari 1 plastik.
Haih, manusia memang rakus.




Kadang-kadang, buah kelapa ni pandai lari. So, kita kena buat penjara khas..


Seketika, aku berfikir. Bagaimana agaknya suasana Ramadhan di sana? Ada bazarkah? Ya lah, memandangkan aku tidak sempat menikmati Ramadhan di bumi Anbia itu kerana pulang lebih awal. Bukan homesick ya, tapi kerana ibu di rumah sudah memanggil anak bujangnya ini balik awal, so kenalah ikut. Biasalah, anak mithali kan..hehe


Kadang-kadang teringin jugak rasai keadaan berpuasa di sana. Oleh itu, kepada wawan, sila ambil perhatian okeh, cuciter sket..^^




*******

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya tadi ada insiden menarik. Ada laa 1 orang mamat ni, dia penjual kuih-muih di bazar. Maka dengan kuasa Tuhan, mata ini terdorong untuk melihat gerak-gerinya. 
Then ada suatu ketika, tiba-tiba mamat tu duduk mencangkung di bawah meja. Ambil air mineral, teguk sampai separuh. Pheiii!!! Uzur ke bang!!??


P/S : Malas nak sambung cerita. Sakit hati~


06 August 2011

mohon dimaafkan..


yang jahil, yang kerdil, yang lemah, yang lalai, yang pendosa
maafkan salah silap selama ini
halalkan semuanya
insya allah, moga lebih diberkati kalian di ramadan kali ini..




Jujur, aku kecewa dengan diri sendiri
orang selalu tanya dan cerita 


"berapa kali khatam tahun lepas?"


"sekarang juzu' berapa dah?"


ntah berapa kali ramadan sudah dilalui, x pernah dapat khatam 1 bulan. Apakah ini memang kelemahan yang harus ku telan. Sedih. Terasa diri ini tempang jatuh berkali-kali.Tapi alhamdulillah, tulisan inilah selalu buat aku motivasi diri...


"Jangan pernah kau lupa untuk bangkit tatkala berdepan kejatuhan" 


Setiap kali jatuh, harus bangun semula
kerana ia perkara pertama yang perlu dilakukan selepas jatuh,
bukan meratapi kesakitannya


sungguh aku kagum, amat kagum dengan mereka
yang ilmu penuh di dada
yang hafalan tersemat di minda
cukup berakhlak, cukup perbadi, cukup serba-serbi


dengan izin Tuhan, aku mohon, jangan siakan buat ke sekian kali. cukuplah.






Selamat bersahur =)








04 August 2011

Apa berlaku?


Fasting month..


a challenge for our body and mind

31 July 2011

Lambaian Ramadan..


Untuk pengetahuan semua, diriku akhirnya menjejakkan kaki di rumah terchenta 28 Julai lalu. Seribu kemaafan kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan khabar berita. Tika ini, nombor Celcom x dapat digunakan. Sekiranya terdapat perubahan, akan segera dimaklumkan.


Kepada yang masih tinggal di rumah tu, jaga rumah baik-baik arr. Sampah jangan lupa buang. Sinki rajin-rajin la bersihkan, nanti sumbat. Carpet pun vacuum2 la sekali. Hehe..

Apa-apa pun, selamat maju jaya kamu semua di sana. Nanti aku bawakan kuih raya untuk kamu okeh =)





********

Seperti yang kita sedia maklum, pak cik kegemaran satu Malaysia telah pun muncul di TV tadi. 




Itu tandanya, bulan yang dipenuhi kebaikan dan barakah bakal tiba lagi!!


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Umatku telah diberi dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka"


1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka


3. Setiap hari Allah S.W.T akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu"


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."


Bersediakah kita bertamukan Ramadhan al-mubarak tahun ini? 

Insya Allah~


******

Sewaktu di Riyadh, terdapat satu pemandangan yang telah menarik perhatianku





Indah bukan? 

Semoga pemandangan seperti ini menghiasi Ramadhan kali ini =)
Related Posts with Thumbnails