31 August 2010

Merdeka kah kita??




 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-53

Sempena hari kemerdekaan ni, ak ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, melayu atau cina, bajau atau iban, hensem atau tidak..eh??
 
 Apa yang korang tahu pasal "merdeka"? Ya, ak tahu merdeka tu maksudnya bebas dari penjajah, kalau yang itu adik ak yang kat tadika pun tahu. Tapi adakah merdeka itu sekadar bebas dari penjajah?

Sudah cukupkah semangat patriotik kita setelah 53 tahun kita merdeka? Ya, sudah 53 tahun, x payah la sibuk2 keluarkan kalkulator nak kira untuk buktikan hipotesis ak ni sebab memang inilah konklusi yang korang akan dapat. Ak yakin dan percaya masih ramai yang tak sedar berapa tahun dah kita merdeka. X caya? Cuba tanya artis-artis yang kat TV tu, confirm dorang cakap "No komen" atau " Maaf, maggi saya sudah kembang" kata Alex...Oops, ini hanya contoh ye..hehe..

Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman


Ak teringat zaman kecik2 dulu, camana ak sambut hari kemerdekaan..

SEKOLAH RENDAH~
 
Masa ni, memang ak budak hingusan lagi la. Rambut melekat cam kena iron. Fashion baju ntah tahun yang bila punya. Tapi masih gak famous..hahaha..
Tapi xlah seteruk ni..
Paling ak ingat, asal ada hari kemerdekaan jer, mesti ada pertandingan koir. Asal ada pertandingan koir, mesti kelas ak join. Asal kelas ak join je, mesti menang..kira kitorang da taraf group koir professional la. Dari darjah 4 sampai darjah 6, mesti johan. Kelas lain memang xda fight la. Lagu yang kitorang ambik, x lain dan x bukan, Keranamu Malaysia..
'Buruh nelayan dan juga petani,
Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai.'

Peh, memang happening la sambutan kat sekolah rendah, sampai ak pun x boleh nak ingat..

SEKOLAH MENENGAH~
 
Kalau di sekolah menengah, kitorang ada sambutan bulan kemerdekaan. Biasanya program ni memang guru-guru di Jabatan Kemanusiaan yang anjurkan. Bila guru dah penat, mereka mula mencari mangsa di kalangan student dan ak juga tidak terkecuali.
 
Banyak aktiviti yang kena buat macam pertandingan buat bendera gergasi yang x besar mana pun, melukis, bersajak and so on..tapi kemuncak dia time malam ambang merdeka. Dah macam-macam persembahan ak join time malam tu. Antara persembahan yang masih ak ingat ialah dikir barat. Yang uniknya, kitorang berdikir barat sambil guna sudu garfu. Eh? Dikir barat orang mano plak guna sudu garfu neyh?? Hmm..ntah lah..
 
 
+
=
 
Bila da naik form 4 n form 5, kerja aku jadi tukang buat slide show jer. Tak larat dah nak join buat persembahan ngan member-member yang lain. Tapi time form 5, ak ada menyanyi sket sementara menunggu detik 12 tengah malam. Ak menyanyi duet ngan sorang member yang ak panggil Pinque lagu Jatuh Cinta Lagi. Peh, tiada kaitan ngan merdeka langsung...haha.. Walaupun suara cam katak, namun ada gak yang puji. Aiseh, bangga la plak..
 
Walaubagaimanapun, semangat orang-orang kita hari ni semakin pudar. Tiada lagi bendera Malaysia yang berkibar di kereta-kereta tidak kira kereta mewah atau kereta curi. Rumah-rumah tidak lagi diserikan dengan Jalur Gemilang di halaman rumah kecuali rumah aku..hehe..
 
Ini gambar original ye..
Persoalannya sekarang, mengapa masih ada yang sanggup mengibarkan bendera Malaysia yang sudah koyak rabak setaraf dengan kain pengelap kaki? Ada juga yang sanggup membakar bendera tanah air sendiri? Bangga kah mereka? Di mana prinsip rukun negara yang kita disuruh hafal berkali-kali oleh guru sejarah kita itu?
 
Inilah aktiviti mereka setelah mercun dan bunga api diharamkan
 
 Merdekakah kita? Patriotik kah kita? Tepuk dada tanya iman..
 
P/S : Selamat hari kemerdekaan!!

29 August 2010

Pengumuman Cuti...

Bahawasanya ingin dimaklumkan..

Blog ini akan mengambil cuti mulai esok (waktu malam sahaja)..

Kerana ada urusan yang amat penting..

Iaitu memburu malam Lailatul Qadar..

Sekian terima kasih..








P/S : Kenapa, korang x caya ker??

27 August 2010

Bangunlah Bangsaku..


Bersunat mencegah AIDS?? Hahaha...ak x tau la sejauh mana kebenaran kenyataan itu. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri kerana ku yakin anda juga mempunyai otak seperti manusia biasa.

Di sini gua mau bagi tau balik supaya korang paham betol2.
" Yang dia potong itu memang tarak kasi balik sudah arr!!"
Haha..




Yang ni antara iklan favourite ak sebab ada afdlin shauki, bab kalau dia ada konfem gempaq punya!

Sesungguhnya, ak pun ada mengimpikan sebuah kereta mainan merah camtu tym kecik2 dulu. Tapi bak kata favourite Aiman, "Aiman x kesah" bermakna ak jugak x kesah. Nasib baek ak x bagitau kat abah ak, kalau x, ntah daun pokok apa yang abah aku ambik jadi emas. Daun pisang kot, ye tak? Banyak sket emas dya..o.O



Eh? Darah apa yang terpercik tadi tu ah?? Dorang maen bukannya pakai peluru pun. Hmm..darah ayam kot.

Tapi apa yang penting sini adalah semangat seorang budak pompuan yang nak join maen perang2. Korang ingat senang ker nak jumpa pompuan camtu sekarang? Adik ak nak masuk hutan pun takut..




Ya, ni antara iklan paling famous tym ak kecik2 dulu, yakni darjah satu.Lagu "itek gembo-gembo" tu menjadi siulan ramai orang termasuk ak walaupun x reti sangat nak bersiul, tapi bukan seperti mamat India tu bersiul ye. At least ak punya ada bunyi gak..

Korang rasa dorang nak berkayuh sampai mana tu arr??





Iklan yang ni plak agak mengecewakan. Sejak pemergian arwah Yasmin Ahmad, kualiti pengiklanan Petronas semakin menurun. Baek ak yang pi buat kan?

Iklan ni ak rasa kurang "kaw-kaw" dari yang laen. Pengajaran dia ak lambat sket nak tangkap. Huh, menyedihkan...



P/S: Ya, betul tu Encik Masked Rider, walau apa pun iklan yang dorang nak tayang, yang penting semangat kemerdekaan tu jangan hilang ye..

25 August 2010

Lirik Hari Ini..

Akan Ku Jumpa
~By Azfar~

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu
 
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu 





Waa..bagus lagu ni. Kalau check baek2, ada mesej kerohanian jugak..

Ni lagu ak ambil dari OST drama terbaru kat TV3..

Tajuk dya Syurgamu Ramadan..

Best siot plak cerita tu..

Ak accidentally tertengok drama ni tym tengah online..hehe..

Sambil2 online tu, mataku jeling2 jugak kat tv..

Last2 terminat la plak..

Hampeh btol..

Tapi x rugi laa, memang best..

Ak x tau la berapa kali ak sedih. Kejam tol mak dya tu..ish3..

Nak tau lagi? Klik sinopsis syurgamu ramadan ni..

Tengok la kalau bbrrrrrrrr....ani!!

Ceh, cam promote coca-cola plak..

P/S: Gua da terpikat la dengan Suzana a.k.a Nurul Elfira Loy..
aiseh, siap tau nama penuh lg...
comey sungguh..
hehe..

24 August 2010

19 lagi..fuh..sabar..

Ya..percayalah..

ada 19 post lagi sebelum mencapai 50th post..

Yeay!!


Eee..lambat jgak~kata seseorang dengki

Alaa..aku da 100th lebih da~kata seseorang yang takbur 

Ceh, itu pun nak bangga~kata seseorang yang xde blog

Post yang pendek2 la~kata seseorang yang x sampai 10th post lagi.. 

Suka ati ak laa, korang nak sibuk2 pe hal?~kata tuan punya blog..hahaha!!

20 August 2010

Jumaat..

Seperti biasa, aku bangun pagi jam 10am. Rutin harianku ketika di rumah (sahaja)..

"Huarghhhhh...." ak menguap..

"Pas ni nak sarapan apa arr?? Eh, lupa plak, ari ni pose...hehe" ak tergelak cam orang x waras..

"Along, pi la bersiap. X sembahyang ke ari ni??" ummi ak sound dari bawah.(sebab bilik aku tingkat 1)

"Sembahyang?? Sembahyang apa?? Awal lg pun.."


"Sembahyang jumaat laa, xkan mau ponteng!!"



Eh? Ari jumaat ke plak ari ni?? Adeh..

Cepat jugak.Leceh btol la. Da la masjid tu jauh, kena jalan kaki, panas plak tu, puasa lagi.Peh, banyak tul alasan...


Xpa, ak gagahi jugak tuk bersiap pi solat. Before jalan, ku jeling jam di dinding..


"Eh, baru jam 12..awal lg neyh..sempat tengok bola jap.." setan berbisik.

Wei, bulan pose mana ada setan laa!!
Abis tu, td tu apa?? Ntah la...




Berbalik pada cerita tadi, aku pun mengorak langkah ke masjid. Muka yang lesu dek menahan lapar kerana pose tidak kuhiraukan.Tatkala sampai di bulatan besar Bandar Sierra, tiba-tiba..
Gambar hiasan (Ihsan dari Google)




"Pin, pin!!"(bukan ayah pin) kedengaran sebiji motor bagi hon ngan ak..


"Apa hal plak ni? Aku block jalan dia ker?" aku bingung..


"Nak gi masjid ker?" pak cik bermotor tanya..


"Ermm..ya.."


"Owh..mai la nek" kata pak cik tu ngan loghat kelatenyer..


Yeah!! Ada orang bagi tumpang.Dengan selambanya aku naek belakang motor tu. Alhamdulillah, jimat minyak kaki aku ari ni. Ni la berkat bulan Ramadhan orang kata.


Sampai Di Masjid

"Dik, nanti nak balik tunggu kat sini arr, pak cik hantar

"Hmm..insyaallah" ku berkata

Eh? Pakcik ni biar betol nak hantar ne? Jarang-jarang orang bagi tumpang balik rumah. Selalu hantar pi masjid jer. 

Tiba-tiba ak teringat 1 iklan di TV..
'Katakan TIDAK kepada orang yang x dikenali'..
Kalau aku ikut, takut kena bawa pi tempat laen plak, silap-silap jadi kes culik.
X ke cari nahas tu..

Weyh, apa aku mengarut ni! Orang da offer tu, ambil je la. Mana tau dia nak tambah pahala tym bulan baek ni. Kan??

After solat 

So, aku pun tunggu la tempat pakcik tu parking motor dia. Bila da start enjin, tanpa segan silu, terus lompat kat belakang. Hehe. 

Cam x pernah nampak motor je ak ni. Ye la, di rumah mana ada motor. Yang ada pun kat kg di johor je, tu pun motor kapcai yang menunggu masa tuk jadi besi buruk.ish3..
Sebiji macam ni la

Aku pun memulakan cerita..

"Pakcik tinggal flat ke teres?"


"Flat" pakcik tu jawab


Waa, jauh ni dari rumah ak. X ke menyusahkan tu?


"Pakcik hantar sampai kat bulatan je la" aku memudahkan kerjanya


"Xpela, pakcik hantar sampai rumah"


Baek sungguh pakcik ni. Sampai rumah, aku pun salam pakcik tu..


"Pakcik, makaseh bebanyak ye"


"Xpe"


"Assalamualaikum" ak bagi salam


Pakcik tu angkat tangan je sebab da jauh.Cerita punya cerita, rupanya dia kerja ngan maritim, asal kelantan (memang da boleh agak pun), bini orang sandakan n so on. Tapi aku lupa tanya nama pakcik tu. Bijak kan?

Kesimpulannya, laen kali tanya nama dulu.... 




P/S: Tolong tanya nama pakcik tu arr kalau korang jumpa laen kali. Makaseh.
 

19 August 2010

Blog dan Puasa..

Blog ak belum baligh..

Umur baru 5 bulan lebih..

So, ak x kesah sangat laa kalau dya nak pose ke tak...


Tapi kalau dya nak puasa pun bleh jgk..

Setengah hari pun kira ok laa..

Bak kata buku teks bahasa melayu form 5 ku..

"sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.."

kan???

Kalau tahun ni dapat pose penuh, ak bagi duit raya 10 post...

Yeay!!!


P/S: Semoga istiqamah menjalani ibadah pose.. 

16 August 2010

The Greatest Month Ever..RAMADHAN!!

In the name of Allah, most Gracious and most Merciful...

Salam Alaik...

Eh??

Ramadhan da plak...

Yeah!!

Akhirnya, ramadhan tiba lagi...

So far so good isn't it??

Bagi ak, ramadhan kali ni beri ak banyak peluang...

Sebab xla sesibuk Ramadhan yang lalu..

Sibuk dengan study...hal duniawi...

Harap-harap tahun ni dapat la upgrade ibadah banyak2, kan??


Ibadah di bulan Ramadhan ni diberikan pahala berlipat kali ganda...

Xkan korang x tau kot??

Hahaha...

Tahun ne sempat sambut Ramadhan di KML kejap...

Ada bazaar, iftaar, terawih n so on...

Tapi sedih, ramadhan terakhir dgn ex-smeshian yang da sehati sejiwa dgn ak ni..

Specially with pudun, dari sekolah rendah lg..lepas ni da x dapat lg..isk3..

(Menatap MP KML buat kali terakhir T_T)


Xpela, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...ku redha ..

Yang penting mesti puasa tau...

Bukan setakat puasa dari makan n minum je, banyak lg kita kena puasa..

Till then, Assalamualaikum...
Related Posts with Thumbnails