03 March 2011

Tanya Sama Hati






Tanya sama hati
Apa rasa sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang



Apa rasa sayang?


Semestinya bukan pahit mahupun masam, kerana sayang itu pelbagai rasanya. Mungkin juga manis.


Tapi aku punya pendapat sendiri. 

Perlukah memandang untuk merasa sayang? Kalau x pandang, x sayangkah? Bagaimana kalangan mereka yang buta? Mereka x pernah berpandangan, namun kasih pada yang tercinta x pernah hilang. Bukankah itu juga sayang? 


Bagaimana pula halnya dengan sang Pencipta?

Kita x pernah bersua dengannya, adakah x akan wujud sayang itu kepadaNya? Ahh..dunia sungguh mengelirukan.


******

Oh Tuhan..

inginku terbang tinggi, tinggi sampai langit ke tujuhMu..namun

sayapku tiada..T.T






27 February 2011

Kembali ke sana..



Tatkala sekembalinya aku dari suatu tempat..

Tempat dimana aku mengenali melipat kain,
mencuci kain,
mengurut badan,
masak mee sedaap,
buat nescafe 3 in 1 secukup rasa, 
dan sebagainya..

oh ya, semua di atas untuk orang laen sebenarnya. Atau lebih sesuai ku labelkan sebagai 'dewa-dewa asrama'


Ya, SMESH. Itulah nama yang diberi. Terpulang pada anda untuk describekan tempat itu. 





Dua hari lalu, di depan Koperasi..

"Eh, abang!! Lama x nampak. Abang sihat?' seorang junior menegur. Mungkin teringat jasa-jasaku padanya. Kononnya~

"Sihat, cam biasa," balasku

"Camna keadaan sana tu? Teruk juga saya dengar,"

Haih, soalan yang sama lagi. Ntah bila akan berakhir.

"Hmm..teruk juga laa. Banyak orang kena tembak. Rumah kami pun sket lagi kena serbu," aku me'mega'kan cerita. Baru la nampak hebat, orang kata.

"Owh, abang buat apa sini?" tanyanya lagi

"Kena panggil kaunselor, nak bagi ceramah motivasi sket ngan budak form 5 ni,"

"Buat apa?"

"Bagi ceramah,"

"Apa??"



X guna, apsal?? Muka aku ni tiada muka-muka penceramah ke hah!!??


22 February 2011

Susah Kalau Muka Hensem..


Tadi aku jumpa barang baek punya..










Haih..susah juga kalau dapat muka hensem ni.


Yang kena tempias, golongan macam aku dan yang laen, peluang semakin tipis...T.T


******




Hmm...Tuhan itu maha adil 

(sesi muhasabah diri)




19 February 2011

Tingginya kasihmu..



" Kerana memastikan kebahagiaanku, kebahagiaannya dia korbankan..
Terima kasih Papa,"


Baru habis layan cerita Papadom..

Okay jangan gelak, aku tau aku ketinggalan zaman. Dulu aku bukan kaki wayang cerita Melayu. Hobi aku selalu tengok Discovery Channel jer. 

Serius =.=

******

Walau apapun, tahniah Afdlin, filem anda buat naluri maskulinku menjadi pilu.. T.T


14 February 2011

Duhai Kekasih..


Hakikat dunia hari ini..


Di kala si dia sedang sibuk melayan kekasihnya,
namun masih wujudkah
mereka yang mengingati kekasihNya??


Muhammad Ya Habiballah..
Sungguh kami merinduimu ya Rasulullah..



Namun tika ini, diriku malu padamu,
perjuangan sucimu, dilupakan,
wasiat pentingmu, diabaikan.


"Ummatku, ummatku,"
kata-kata terakhir yang terbit dari bibirmu, 
Sungguh ku malu ya Rasulullah,
Layakkah kami menjadi ummatmu..
Sedangkan kami seperti buih-buih di lautan

Maafkan kami wahai Rasulullah

Sesungguhnya
akhlakmu, kami sanjungi,
semangatmu, kami kagumi
baktimu akan sentiasa kami ingati

******

Semoga hari kemuliaanmu, air mata yang jarang mengalir ini akan menitis jua keranamu..

Amiin..










Related Posts with Thumbnails