16 April 2014

Episod kehidupan yang baru

Siapa sangka
jodoh bersama bumi Anbia
setakat sampai di situ sahaja

tiada lagi musim panas
tiada lagi musim sejuk
yang ada hanya hujan dan panas
kemarau dan tengkujuh

siapa sangka
itulah kali terakhir aku mendengar
azan di setiap penjuru bangunan
titipan salam tiap kali bersua
bingitan hon memekakkan telinga

maassalamah egypt..
semoga kita bertemu lagi
aku mulai merinduimu~


In Memory Zagazig University : 2010-2013


07 September 2013

Minyak Naik? Usah risau..kita ada penyelesaiannya..

Salam semua..

Lama juga tidak mengupdate kan. Iyalah, cuti. Buat apa menghabiskan masa di depan laptop? Gelap masa depan..hehe

Semua pastinya sudah tahu, sekarang ni satu negara kecoh dengan kenaikan harga minyak. Maka bermulalah episod kutuk-mengutuk, maki hamun di alam maya. Ada tu siap mengamuk lagi di stesen minyak. Mana tidaknya, beratur berjam-jam bila sampai giliran, minyak pula habis. Mana tahan bro..

Tapi, rilek brader, brader rilek.. Jangan marah-marah. Kita ada penyelesaiannya. Hidup ini kena sentiasa positif.

Seperti mereka ini..


PS : Zagazig di hatiku..=)


24 February 2013

Perjalanan Sebenar Mereka Telah Bermula


Physicians' Oath

I swear by Almighty Allah to :

~Observe Allah in my profession

~Preserve human life throughout all its phases and in all conditions and circumstances exerting my best to rescue it from death, disease, pain and worry


~Keep people's dignity and conceal their problems, malformations or secrets

~Be forever a means of mercy exerting my due medical care to everybody, the good and bad, to friends and foe

~Keep asking for science to exploit it for people's benefit, and not to harm them

~Respect who taught me, and teach who is younger than I am, and be brother for every colleague in the medical profession, coorperating for devotion and pity

~Make my life as true as my faith pure of what detour from Allah's path, His Prophet and the believers, in public and privacy.

and Allah witness my oath

First Batch Malaysian Students
Faculty Of Medicine, Zagazig University

Mereka telah berjaya sampai di penghujung jalan itu
adakah aku juga mampu mengharunginya?

ya, aku juga ingin seperti mereka
moga aku tidak tersungkur dalam mengikut jejak langkah yang mereka tinggalkan di pasir-pasir harapan
sebelum ia hilang ditiup bayu dugaan

Amin..

28 January 2013

Projek Mega Bermula..


I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on earth..

Then,

i ask myself the same question~

Harun Yahya






In the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful

May Allah ease...


21 December 2012

Aisya Humaira : Setiap dari kamu adalah pemimpin


Aisya Humaira, anak kecil yang sedang menjejak usia. Matanya bundar tidak tumpah seperti wajah ibunya. Juga wajahnya yang bersih membuatkan dia senang dipandang.

Di bawah pokok angsana di halaman rumah, ditemani sang rembulan malam, aisya mengasingkan diri. Menunggu masa menanti air mata yang bertakung menitis ke bumi.

"Mengapa perlu ayah selalu tinggalkan aisya?" bicara aisya terhadap sang angsana

Bisu, tiada jawapan.

"Kerana ayah sayangkan aisya"

Aisya menoleh ke arah suara itu. Badannya dipeluk dari belakang.

"Eh, ibu.."

Aisya tersenyum, sesekali cuba mengesat air mata yang mengalir namun tangan seorang ibu lebih pantas menyeka air itu dari pipinya.

"Bila ibu datang? Tak perasan pula"

"Kenapa aisya menangis ni? Tak manis la anak ibu kalau menangis"  usik ibu aisya sambil mencuit manja pipi anaknya

Tergelak kecil dibuatnya. Hilang sedikit hiba yang dirasai aisya. 
Aisya menghela nafas panjang. 

"Balik dari sekolah tadi, semua ayah kawan aisya datang bawa mereka balik. Tapi aisya, ibu sahaja yang datang. Aisya malu dengan kawan-kawan aisya. Ayah dah lupakan aisya?"

Ibunya tersenyum, "Aisyaku sayang, ayah tidak pernah lupakan aisya. Tiap hari ayah telefon ibu, ayah pesan minta tolong ibu kejutkan aisya solat subuh, tolong ingatkan aisya siapkan kerja rumah, tolong ciumkan aisya sebelum tidur, ayah tak pernah lupa walau sehari pun, percayalah"

"Betul bu?" soal aisya meminta kepastian

"Iyalah, takkan ibu nak tipu aisya pula"

"Tapi bu, kalau lah betul ayah sayangkan aisya, kenapa perlu ayah terima jawatan tu? Lihat lah sekarang, tiap minggu ayah hilang, pergi ke situ la, pergi ke sini la, aisya tak suka la ibu!" berontak aisya, dengan mulut yang sedikit dimuncungkan

"Tak baik nak cakap macam tu. Kalau ayah dengar ni, mesti dia kecik hati"

"Betul la bu, kalau la jadi pemimpin itu bagus, di mana kemanisannya bu?"

"Bagi ibu, pemimpin itu seperti akar"

"Kenapa akar bu?"

"Lihat sahaja pokok angsana ini. Akarlah yang menguatkannya. Tanpa akar, sudah pasti angsana yang gagah ini akan rebah ke bumi. Akar jugalah yang akan bersusah-payah merobek bumi dan batuan demi mencari nutrisi buat sang angsana. Pemimpin pun begitulah, bersusah payah demi orang yang memilihnya untuk memimpin"

"Ibu pun kata pemimpin itu bersusah-payah, bagaimana dengan hidupnya sendiri ibu? Tidak lah indah sangat menjadi pemimpin ini kan?"

"Cuba kamu lihat angsana ini. Betapa tinggi dan gagahnya dia segalanya kerana akar yang bersusah payah di bawah sana. Aisya juga punyai tempat berteduh dan mengadu di angsana ini kerana akar itu bukan? Sudah pasti segala pujian kegagahan aisya berikan kepada sang pohon tanpa sedikitpun aisya berikan kepada akar kan? Tapi pernah akar kisah? Tidak.."

"Iya juga kan" aisya mengangguk kecil sambil memegang dagunya.

"Di situ letaknya kemanisan yang dicari. Kemanisan melihat orang yang dipimpin menikmati kebahagiaan yang diingini"

"Oh begitu"

"Sebenarnya aisya, setiap daripada kita ini adalah pemimpin. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah berkata 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin'"

"Maksudnya, Aisya pun akan jadi pemimpin juga?"

"Benar sayang. Suatu hari nanti aisya juga akan mempunyai insan untuk dipimpin. Tapi ingat, jawatan itu jangan dicari, namun bila ditaklifkan janganlah kita menolak. Ambillah contoh Presiden Mursi kita. Bersedia menggalas berjuta harapan rakyatnya tatkala diminta untuk mejadi pengganti"

"InsyaAllah bu. Aisya berazam mahu ikut jejak ayah aisya yang hebat. Ibu doakan aisya ya bu"

"Sentiasa mendoakanmu sayang, sentiasa.."

Tersenyum aisya menyambut doa ibunya.

"Aisya, jom masuk tidur. Esok kita kena bangun awal ni, kan esok hari pengundian. Harap-harap la pak cik yazid dengan auntie wiwin kamu menang"

"Menang tu bu, aisya boleh jamin" aisya memberi jaminan, sambil memberi thumbs up kepada ibunya. Dan lampu bilik pun dipadamkan...


To be continued...
Related Posts with Thumbnails