08 July 2011

Julai yang busy..



1. Dua tiga hari ni, ramai orang cari aku,
"Mana bean arr? Lama x nampak," kata si fulan
"Tolong beritahu bean, datang rumah jam 10am" pesan si fulan 2 kepada housemate aku

Teeett3x (bunyi mesej)
 "Bean, minta tolong datang rumah nanti, angkat beg..hehe =)" pinta si fulan 3, sambil aku hairan dengan tujuan smiley itu.


2. Berdasarkan point no.1, aku sedang sibuk mengangkat beg dan barang sahabat-sahabat yang berpindah ke rumah baru. Beraneka saiz dan berat. Memang menduga pinggang dan iman. Semoga sahabat-sahabat bahagia di rumah baru. Jangan gaduh-gaduh. Bilik dah seorang satu. Kalau masih bertarik-tarik rambut x tau la nak cakap apa lagi~

Kanak-kanak riang~

3. Ramai orang kata aku makin kecik. Errr...i mean 'kurus'. 

"Tengok gambar along, macam makin kurus plak. Kurang makan ke time exam ni?" tanya mak cik aku, curious...
"Bean, kenapa kau nampak lain arr?" tanya si fulan 4 sambil kening sebelah naik ke atas.
 Okeh, aku mengaku, memang aku kurang makan time musim exam hari tu. Ye lah..dr. fadzilah kamsah cakap, makan berlebihan boleh buatkan kita mengantuk. Kalau dah ngantuk, nak study macam mana? Logik kan? Persoalan terjawab~
 
4. Kepada adik kecilku, Nurul Adilah, selamat hari jadi ^^. Nanti abang long beli hadiah erk. Ummi kata adik dapat no 5 dalam peperiksaan.

"Abang long, adik dapat no 5," kata adik
"Ye ke? alaa..kenapa x dapat no 1, dulu abang long boleh, kenapa adik x boleh?" pintaku
"Abang long lain la. Abang long kan pandai, adik biasa-biasa ja," jawabnya
"Alaa..lain apanya dik. Abang long pun anak ummi juga," kataku
"Hihihi," adikku ketawa. Aku buat lawak ke? Ntah la..yang penting, dia masih comel, macam aku dulu. 
err? 
 
5. Sekarang, orang sibuk heboh-heboh pasal Nora Elena, aku plak sibuk layan Adamaya. Adamaya best apa!! (X mau kalah).
Ketabahan dan ke'cool'an adam membuatkan dia menjadi idola aku ketika ini. Layan bini terbaek beb!

6. Burin, nantikan kedatangan aku ke Alexandria. Aku mahukan layanan bertaraf bintang. Kalau tidak, seluar track kau yang tertinggal di rumah aku tidak akan ku kembalikan. Please take note~ 
hehe...

No comments:

Related Posts with Thumbnails