Habis written Histo,
tanpa berfikir panjang, aku terus membelai perut ini dengan makanan yang amat dirinduinya, 7 Days Pizza ^^
"Cheese lover wahid,"
"KABIR!!" kata kami serentak,
entah kenapa chemistry memang kuat ketika itu. Seolah-olah saling memahami diantara kami. Indah sungguh ciptaan Tuhan.
*******
Usai menjamu selera, ku berlari ke rumah, keluarkan kunci, buka kasut, menuju ke katil dan........
Ku rasakan segala beban kini sudah terlerai. Terasa bagai di suatu tempat yang sungguh indah. Bunga-bunga sakura mekar menampakkan keindahan yang jarang ia serlahkan. Sang suria kelihatan tersenyum seolah-olah mengucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi musim exam dengan tabah dan sabar.
Kemudian, ku terlihat sebatang sungai jernih bak mutiara mengalirkan airnya.
"Pergh, lama x mandi sungai ni," desis hatiku.
Lalu dicampakkan diri ke dalam sungai itu umpama Bryan Nickson Lomas
Splaasssshhh!!
Dingin, nikmat~
Dingin, nikmat~
******
"Insya Allah, akan mencuba yang terbaek, lagipun exam dah habis....."
Kemudian ku cari ummi. Kelihatan ummi sedang duduk di suatu kawasan, turut menghayati keindahan alam. Lantas ku berlari ke arahnya lalu mencapai tangan yang dulunya membelai diri ini penuh kelembutan. Ada hajat yang ingin disampaikan.
"Ummi, selamat hari jadi, semoga ummi bahagia dunia akhirat dan dirahmati Allah selalu. Terima kasih for being the best mom I ever known. Ampunkan salah dan silap along selama ini. Memang godaan syaitan belum mampu along tepis dengan sebaiknya. Hope u'll always be at my side, everywhere, everytime, to guide me.." kataku pada ummi, lantas dikucup tangan itu. Terasa kornea mataku seperti ingin mencurahkan titisan-titisan kecil. Ingin ku tahan, namun x terdaya.
"Terima kasih banyak-banyak along. Sesungguhnya, anak yang soleh & solehah serta keputusan exam yang cemerlang adalah hadiah yang paling berharga buat seorg ibu. Oleh itu, along berusahalah mencapainya," kata ummiku, lembut. Oh, tidak ku sangka ummi juga pandai berpuitis. Senyum...=)
Lalu ku berkata,
"Insya Allah, akan mencuba yang terbaek, lagipun exam dah habis....."
********
Tiba-tiba aku terbangun dari tidur. Ku lihat jam di telefon bimbit. 05.45 pm. Ya allah, belum solat Asar. Kemudian, ku teringat mimpi tadi, betul ke exam da habis?
Oh, ada English paper lagi. Macam x wujud plak. Haha..
Oh, ada English paper lagi. Macam x wujud plak. Haha..
P/S : Sanah helwah ummi ^^
30 June 1968 - 30 June 2011
3 comments:
Ni birthday ummi kau yg betul2 ka birthday dlm mimpi? Haha
betul punya ^^
owh.. happy belated birthday aunty! hehe :)
Post a Comment