22 May 2011

Redha..


Ketika ini, 8.30 am waktu Malaysia. Jadi, waktu tempatan, kira sendiri. Masih berjaga nampaknya. Lepas tu esok, sendiri yang susah bangun. Haih..

Sedang aku berehat sambil meninjau-ninjau berita-berita di facebook n so on, aku ditemukan 1 ayat yang bagiku cukup indah

" Bukan berapa banyak kau baca,
tapi berapa banyak kau faham.

Dan kemudian,
 bukan berapa banyak kau faham,
tapi berapa banyak yang mendapat redha Tuhan."
 
 
 
Aku berfikir sejenak. Ya, musim-musim exam ni, aku sering lupa, mungkin kita juga sering lupa. 
 
Kena ingat sentiasa, usaha kita, keranaNya..

 

19 May 2011

Seketika..


1) Rasa nak update blog

2) Exam practical dah habis. 

3) Bakal menduduki deretan exam final untuk written dan oral bermula 29 mei ini

4) Release tension = main futsal
 
5) Pindah rumah baru + sakit pinggang yang teramat

6) Selamat tinggal lipas bermasalah..Zaappss!! ~ wawan

8) Hepi teachers day kepada guru-guru, bekas guru, bakal guru dan anak guru

9) I want myself back ~ Liyana Khalisa...err??

10) Lebih benci dengan 'hungga-bungga' berbanding 'buya-buya'

11) Anda terlampau asyik membaca hingga terlepas point ke-7..

Tambahan : Sebahagian bilik...gila apa nak tunjuk katil sekali~

 

07 May 2011

Ku terus berdiri..


Di kala hati ini mulai gundah gulana, resah gelisah, tidak tentu arah menghadap buku yang entah bila dapat ku telan semua isinya,
di kala badan ini mula terkulai layu tanpa daya dan tenaga,
dan di kala ku mula menyerahkan segala-galanya,

Allah datangkan padaku seorang insan di mana syurga itu di bawah tapak kakinya..

"along..study baek2 ya..jangan lagi pandang ke belakang, ingat masa depan..
berdoalah selalu agar dikuatkan ingatan, ummi juga sentiasa mendoakan along agar tenang semasa exam nanti..
amiin"
 
*******
Terima kasih ummi, kerana kata-katamu menjadi punca ku terus berdiri,
terus berdiri hingga ke tika dan saat ini,
orang tua-tua kata, ibu akan sentiasa hadir di saat anaknya memerlukan,
dan sesungguhnya, tidak mungkin aku menyangkal kebenarannya

Maafkan aku ummi, 
andai aku tidak menjadi anak yang diimpikanmu selama ini,
tapi ketahuilah wahai ummi,
engkaulah ibu yang menjadi impianku selama ku bernafas,


terima kasih ummi, kerana mendoakanku selama ini.



Selamat Hari Ibu ummiku...


P/S : Istimewa entri ke 100, hanya untukmu~
Related Posts with Thumbnails