07 May 2011

Ku terus berdiri..


Di kala hati ini mulai gundah gulana, resah gelisah, tidak tentu arah menghadap buku yang entah bila dapat ku telan semua isinya,
di kala badan ini mula terkulai layu tanpa daya dan tenaga,
dan di kala ku mula menyerahkan segala-galanya,

Allah datangkan padaku seorang insan di mana syurga itu di bawah tapak kakinya..

"along..study baek2 ya..jangan lagi pandang ke belakang, ingat masa depan..
berdoalah selalu agar dikuatkan ingatan, ummi juga sentiasa mendoakan along agar tenang semasa exam nanti..
amiin"
 
*******
Terima kasih ummi, kerana kata-katamu menjadi punca ku terus berdiri,
terus berdiri hingga ke tika dan saat ini,
orang tua-tua kata, ibu akan sentiasa hadir di saat anaknya memerlukan,
dan sesungguhnya, tidak mungkin aku menyangkal kebenarannya

Maafkan aku ummi, 
andai aku tidak menjadi anak yang diimpikanmu selama ini,
tapi ketahuilah wahai ummi,
engkaulah ibu yang menjadi impianku selama ku bernafas,


terima kasih ummi, kerana mendoakanku selama ini.



Selamat Hari Ibu ummiku...


P/S : Istimewa entri ke 100, hanya untukmu~

2 comments:

amal said...

hepy mother's day to ur mom !!

Unknown said...

hepi mothers day to ur mom too~

Related Posts with Thumbnails