30 April 2011

Diciptakan Hawa itu..



Diciptakan Hawa itu dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
bukan dari kaki untuk dijadikan alas,
tetapi dekat di biceps brachii, coracobrachialis, brachialis, triceps, pronator teres, flexor carpi radialis, palmaris longus, flexor digitorum superficialis, flexor cardi ulnaris, flexor palmaris longus, flexor digitorum profundus, pronator quadratus, brachioradialis, extensor carpi radialis longus extensor carpi radialis brevis, extensor digitorum, extensor digiti minimi, extensor carpi ulnaris, anconeus, supinator, abductor pollicis longus, extensor pollicis brevis, extensor pollicis longus dan extensor indicis untuk dilindungi,
dan dekat di heart di dalam middle mediastinum untuk dicintai....

********







Abaikan tulisan di atas. Biasalah, musim-musim exam sekarang ni memang ramai yang makin x waras~

P/S : Err..mana yang ngam? Heart atau liver?  Owh..pening-pening~



16 April 2011

Perpisahan ini..


Nampaknya, hari itu telah tiba. Hari yang paling aku x suka sekali. 

" X suka, x suka, x suka!" aku geram sambil pijak-pijak rumput sampai lumat.

Tapi, macam biasa, aku redha. Kita berpisah sebab benda baik. Bukan berpisah macam memisahkan isteri yang nusyuz tu. Awak x buat salah pun. Harap awak faham..


*******



Baiklah, aku dah tekad. Mulai hari ni, kita xkan jumpa lagi. Untuk kebaikan kita bersama jugak. Suatu hari nanti, pasti bertemu lagi. Awak jangan la sedih-sedih. Awak sedih, hati ni lagi sedih. Isk3...


Awak jangan nakal-nakal tau. Jaga diri bebaik. 






Selamat tinggal Bicara Kacang, exam sedang menantiku di hujung sana~ T.T

09 April 2011

Jangan kerana kefakiranmu wahai adikku..



......dirimu sanggup bertindak melulu



Wahai adik kecil,
jangan biarkan kemiskinan,
engkau menjadi hamba jalanan,
perjalananmu masih panjang,
begitu luas pemandangan belum kau lihat,
begitu tinggi ilmu belum kau genggam,
namun,
jangan kerana kemiskinanmu,
engkau bertindak melulu...



Adik-adik di jalanan sana, janganlah kamu meludah lagi. Bukan tidak mahu menghulur atau memberi, tapi aku mahu menguji, sejauh mana ketabahan dan keredhaan dirimu...





~Musafir di taman ujian






04 April 2011

Kata orang, hujan itu rahmat..



Hujan yang turun,
membawa titis-titis rahmat,
membasahi bumi yang gersang,
kegersangan dengan kurniaanNya,
tatkala mereka sabar menanti,
pelangi yang x muncul lagi...


*******

Semenjak dua menjak ni, banyak benda pelik berlaku. Biasalah, kalau sudah namanya bumi padang pasir, bila hujan memang la pelik kan. Itu belum lagi masuk bab bila Khalid cakap ada seorang ustazah tu lawa. Serius, itu memang teramat 'pelik'.


Tapi hujan yang mencurah-curah kali ni bukan sembarangan hujan kerana hujan ini telah membuktikan dirinya mampu menyaingi kebengisan hujan di Malaysia. Dan kerana itu, tilam aku menjadi mangsa. Inilah masalah kawasan Arab, dah la bumbung tiada, longkang pon jangan harap la nak cari. Bila hujan turun, kelam kabut sana-sini. Banjir merata tempat. Yang jadi mangsa, aku jugak.

Haih...dunia memang lucu~

Tambah-tambah lagi gempa bumi terbaru di Greece. Dorang kata Mesir pun ada kena. Yang buat aku frust sangat ni, kenapa aku x rasa haa?? Sejak bila Mesir ada gempa bumi ni? 

Huh..sungguh pelik~

*******


Oh ya, esok ada test Histology, tapi tangan masih menggatal update blog, bukannya buka buku..

Pelik kan?




Related Posts with Thumbnails