21 December 2012

Aisya Humaira : Setiap dari kamu adalah pemimpin


Aisya Humaira, anak kecil yang sedang menjejak usia. Matanya bundar tidak tumpah seperti wajah ibunya. Juga wajahnya yang bersih membuatkan dia senang dipandang.

Di bawah pokok angsana di halaman rumah, ditemani sang rembulan malam, aisya mengasingkan diri. Menunggu masa menanti air mata yang bertakung menitis ke bumi.

"Mengapa perlu ayah selalu tinggalkan aisya?" bicara aisya terhadap sang angsana

Bisu, tiada jawapan.

"Kerana ayah sayangkan aisya"

Aisya menoleh ke arah suara itu. Badannya dipeluk dari belakang.

"Eh, ibu.."

Aisya tersenyum, sesekali cuba mengesat air mata yang mengalir namun tangan seorang ibu lebih pantas menyeka air itu dari pipinya.

"Bila ibu datang? Tak perasan pula"

"Kenapa aisya menangis ni? Tak manis la anak ibu kalau menangis"  usik ibu aisya sambil mencuit manja pipi anaknya

Tergelak kecil dibuatnya. Hilang sedikit hiba yang dirasai aisya. 
Aisya menghela nafas panjang. 

"Balik dari sekolah tadi, semua ayah kawan aisya datang bawa mereka balik. Tapi aisya, ibu sahaja yang datang. Aisya malu dengan kawan-kawan aisya. Ayah dah lupakan aisya?"

Ibunya tersenyum, "Aisyaku sayang, ayah tidak pernah lupakan aisya. Tiap hari ayah telefon ibu, ayah pesan minta tolong ibu kejutkan aisya solat subuh, tolong ingatkan aisya siapkan kerja rumah, tolong ciumkan aisya sebelum tidur, ayah tak pernah lupa walau sehari pun, percayalah"

"Betul bu?" soal aisya meminta kepastian

"Iyalah, takkan ibu nak tipu aisya pula"

"Tapi bu, kalau lah betul ayah sayangkan aisya, kenapa perlu ayah terima jawatan tu? Lihat lah sekarang, tiap minggu ayah hilang, pergi ke situ la, pergi ke sini la, aisya tak suka la ibu!" berontak aisya, dengan mulut yang sedikit dimuncungkan

"Tak baik nak cakap macam tu. Kalau ayah dengar ni, mesti dia kecik hati"

"Betul la bu, kalau la jadi pemimpin itu bagus, di mana kemanisannya bu?"

"Bagi ibu, pemimpin itu seperti akar"

"Kenapa akar bu?"

"Lihat sahaja pokok angsana ini. Akarlah yang menguatkannya. Tanpa akar, sudah pasti angsana yang gagah ini akan rebah ke bumi. Akar jugalah yang akan bersusah-payah merobek bumi dan batuan demi mencari nutrisi buat sang angsana. Pemimpin pun begitulah, bersusah payah demi orang yang memilihnya untuk memimpin"

"Ibu pun kata pemimpin itu bersusah-payah, bagaimana dengan hidupnya sendiri ibu? Tidak lah indah sangat menjadi pemimpin ini kan?"

"Cuba kamu lihat angsana ini. Betapa tinggi dan gagahnya dia segalanya kerana akar yang bersusah payah di bawah sana. Aisya juga punyai tempat berteduh dan mengadu di angsana ini kerana akar itu bukan? Sudah pasti segala pujian kegagahan aisya berikan kepada sang pohon tanpa sedikitpun aisya berikan kepada akar kan? Tapi pernah akar kisah? Tidak.."

"Iya juga kan" aisya mengangguk kecil sambil memegang dagunya.

"Di situ letaknya kemanisan yang dicari. Kemanisan melihat orang yang dipimpin menikmati kebahagiaan yang diingini"

"Oh begitu"

"Sebenarnya aisya, setiap daripada kita ini adalah pemimpin. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah berkata 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin'"

"Maksudnya, Aisya pun akan jadi pemimpin juga?"

"Benar sayang. Suatu hari nanti aisya juga akan mempunyai insan untuk dipimpin. Tapi ingat, jawatan itu jangan dicari, namun bila ditaklifkan janganlah kita menolak. Ambillah contoh Presiden Mursi kita. Bersedia menggalas berjuta harapan rakyatnya tatkala diminta untuk mejadi pengganti"

"InsyaAllah bu. Aisya berazam mahu ikut jejak ayah aisya yang hebat. Ibu doakan aisya ya bu"

"Sentiasa mendoakanmu sayang, sentiasa.."

Tersenyum aisya menyambut doa ibunya.

"Aisya, jom masuk tidur. Esok kita kena bangun awal ni, kan esok hari pengundian. Harap-harap la pak cik yazid dengan auntie wiwin kamu menang"

"Menang tu bu, aisya boleh jamin" aisya memberi jaminan, sambil memberi thumbs up kepada ibunya. Dan lampu bilik pun dipadamkan...


To be continued...

23 November 2012

Jejak Bahariyya

Bahariyya, sebuah kawasan di barat mesir. Terletak lebih kurang 360km dari bandar Cairo. Mengambil masa 6 jam perjalanan. Terdapat beberapa tempat di situ diiktiraf menjadi tapak warisan dunia oleh UNESCO dan juga ada kononnya ada berkaitan dengan para anbiya.



Sebenarnya, perjalanan kami tidaklah semudah yang disangka. Kereta yang kami sewa untuk ke haiyyu sabie' awal-awal pagi lagi sudah meragam. Nasib baiklah ada tremco yang bawa budak Malaysia sudi tumpangkan kami.

Secara peribadi saya suka ke Bahariyya. Pemandangan yang cantik, batu-batu yang menarik. Juga kerana ingin berkhemah. Rindu kepada khemah sudah tidak tertanggung rasanya. Mereka yang mengenali saya di sekolah dulu memang tahu saya ni kaki khemah. Shopping tidak ada kena mengena. Yang mahu bershopping, beli baju ZARA, Jack & Jones segala bagai sila ke CityStar. Ini bukan tempat yang sesuai untuk anda.

Kami berkhemah di suatu kawasan bernama White Dessert. Saya, yazid dan bun satu khemah. Khemah SMESH dorang kata. =.='

Uniknya, kami hanya bertiga dalam khemah. Tapi ada satu masa, terasa macam ada lima orang dalam khemah sampaikan muka saya ni melekat di dinding khemah. Itulah bahana kalau satu khemah dengan Bun. Hahaha..

Makanya kerana tidur yang tidak lena, saya keluar awal dari khemah, melihat bulan yang kian hilang menjemput subuh.
Menuju jalan yang berliku

Sand board

Berlari mengejar mimpi


Jalan, jalan juga...solat jangan lupa

Camp site di subuh hari

Musang yang comel..misi mencari musang ustaz aiman berjaya

sunrise chaser



Silver di dalam batu

"Kami perlu meletak tanduk sedemikian untuk menakutkan singa-singa yang lapar"



Meredah gurun
Konvoi


Yazid ni memang suka berposing, suruh orang lain tangkap gambar, tapi bila kita suruh dia yang tangkap gambar, HANCUR!




Keindahan ciptaan Tuhan








"Om nomnom...laparnya aku..sudahlah daging dia sikit!!" kata bun melontarkan isi hatinya

Program sederhana mega sudah selesai. Kini sedang menanti program MEGA!

Nantikan...


19 November 2012

Aisya Humaira : Menatap dunia kali pertama



Aisya Humaira, anak kecil yang masih merah pipinya, matanya bundar seindah bulan purnama, tawa manjanya mampu mengubat mana-mana hati yang lara.

Dia berlari anak menuju ke arah ibunya sambil tangan kecil mulusnya itu menutup kedua telinga.
"Ibu, lihat tu! Banyak sungguh kapal di langit ibu! Mereka mahu ke mana ibu?" jerit kecil Aisya agar didengari ibunya, menewaskan kelantangan bunyi-bunyi sonic boom jet-jet pejuang yang melintasi mereka.

"Aisya, mahu ke mana sayang?" jawab ibunya yang sedang menjemur pakaian di halaman rumah

"Tidak ibu, Aisya hanya mahu bertanya kepada ibu. Kapal-kapal itu mahu ke mana ibu?"

"Oh..sejujurnya ibu pun tidak pasti sayang. Tapi ibu rasa itulah pejuang-pejuang Islam kita yang bakal berjuang di jalan Allah. Mereka akan ke Gaza sayang,"

"Mengapa ke Gaza ibu? Apa yang ada di Gaza ibu? Mereka ada saudara di sanakah ibu?"

Oh anakku, engkau masih mentah untuk mengetahui keadaan dunia. Tapi biarlah ibu menerangkan selembutnya kepadamu, agar tidak lenyap umat Islam yang masih mengambil cakna isu umat Islam ini.

"Aisya, mereka ke sana untuk berjihad sayang. Berjihad untuk membantu saudara-saudara kita yang ditindas, saudara yang tidak bertalikan darah, tetapi saudara yang bertalikan aqidah. Ketika ini mereka sedang dibunuh sayang, dibunuh kerana mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi hak mereka,"

"Siapa yang membunuh itu ibu?"

"Mereka itulah kaum Yahudi sayang, menggelar diri mereka yang berhak ke atas tanah Israel yang sudah jelas di mata dunia sebenarnya hak milik anak-anak Palestin." jawab ibunya

Dia mendukung Aisya ke arah sepohon pokok kurma. Mereka berdua duduk di atas pangkin yang tersedia di situ. Kemudian mereka bersama-sama melihat keindahan ciptaan Tuhan di hadapan mereka. Melihat luasnya padang pasir yang dahulunya menjadi saksi perjalanan hidup Nabi Musa a.s

"Aisya, sesungguhnya Gaza itu telah lama berdarah. Namun hakikatnya, cinta yang kita beri kepada mereka hanyalah cinta bermusim. Mungkin membara hari ini, esok menjadi abu, lusa ditiup angin lalu menjadi debu dan hilang tanpa bekas. Lihat betapa rapuhnya pegangan umat Islam hari ini sayang'

"Bagaimana dengan saudara-saudara sebaya aisya di sana ibu?"

"Saudara-saudara Aisya ketika ini tidak sebertuah Aisya sayang. Ada yang telah kehilangan ibu ayah, abang kakak, malah ada yang tidak sempat mengetahui siapa ahli keluarganya kerana semuanya telah gugur syahid mempertahankan agama dan tanah yang mereka cintai.  Tatkala Aisya ketawa ria bermain mesra, anak-anak kecil disana membesar dengan membaling batu ke arah musuh, dan anak-anak ini jugalah yang akan membina roket mereka sendiri membalas segala ketidakadilan yang dilakukan Israel"

Perlahan, mutiara jernih mengalir di pipi Aisya

"Mengapa Aisya menangis sayang?"

"Aisya kasihankan mereka ibu. Banyak sungguh dugaan mereka. Tidak tertanggung rasanya andai Aisya sendiri mengalaminya"

"Jangan risau sayang. Merekalah antara insan-insan yang paling kental sekali di dunia ini. Biar saban hari jet musuh menghujani dengan bom-bom dari atas, tetapi mereka tetap percaya Tuhan lebih tinggi daripada jet-jet itu."

"Aisya berdoa semoga mereka beroleh kemenangan suatu hari nanti ibu"

"Sudah pasti sayang, sudah pasti"

"Ibu, di mana ayah ibu?"

"Ayah aisya di atas, tengah update blog."

"Oooohh.." balas Aisya sambil mengukir senyuman



*************

25 October 2012

Arafah


Mungkin
saya terlalu memaksa apa yang tidak ditakdirkan
dan menjauhi apa yang telah ditakdirkan
ahh!!
besar sungguh tanggungjawab ini
kecil sahaja bahu yang mahu memikul


*****

selamat berpuasa sunat hari arafah wahai umat manusia

moga yang di tanah suci beroleh haji mabrur..insya Allah

*sekarang pun rasa macam sakit-sakit bahu..aih~



19 October 2012

Tengah malam

Menaip, menaip dan menaip
menaip artikel untuk majalah dan bicara kacang

2 dalam 1, tujuan yang sama
sambil-sambil menghirup horlicks panas memang nikmat x terkata
pergh...


*******
Hari ini saya dapat pengetahuan am baru. Siapa sangka kita belajar satu universiti dengan cicit Agong pertama tanah melayu. Walaweh!
Bukan mahu kecoh-kecoh pun, daripada saya kecoh pasal Heliza Helmi di Mesir baik saya kecoh pasal sahabat saya ni.

Ceyh, dapat dihidu kejelousan di situ~

******
Akan ada projek sederhana mega hari raya haji ini, bukan mega, sederhana sahaja.
Semoga dipermudahkan...

******

Bila tiba masa kita seakan tahu segala benda
Tuhan ajar kita yang sebenarnya tidak tahu apa-apa

*******

Sepertinya saya lebih selesa menulis di tengah malam, ditemani suara-suara FBI & Fafau. Sindrom baru agaknya~

Related Posts with Thumbnails