25 July 2012

Tiada yang pernah melalui


Adakah anda tahu bahawa bilangan penduduk di Myanmar melebihi 50 juta, dan dianggarkan bilangan umat Islam yang dikenali sebagai "Rohingya" adalah sebanyak 15% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Separuh daripada mereka berada dalam wilayah Arakan.Di wilayah tersebut, peratusan umat Islam adalah lebih daripada 70% dan selebihnya adalah penganut agama Buddha. 

Adakah anda tahu bahawa Islam datang ke rantau ini semasa pemerintahan Abbasiyah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ketujuh sehingga ia menjadi sebuah negara Islam yang bebas dan telah diperintah seramai 48 raja muslim lebih daripada tiga setengah abad.

Pada 1784, Raja (Burma) Myanmar (Budabay) yang merupakan seorang yang beragama Buddha telah menjajah wilayah ini dan menggabungkannya dengan Burma kerana takut penyebaran Islam di kawasan ini. Kekejaman berleluasa dan tinggalan-tinggalan Islam seperti masjid-masjid dan sekolah-sekolah dihancurkan .Ulama-ulama Islam dan pendakwah-pendakwah dibunuh, dan penganiayaan dan rompakan ke atas umat Islam berlaku secara berterusan. 


Selepas itu ,golongan Fasis telah mengambil alih kuasa di Burma lantaran perbolakan kuasa yang berlaku ketika itu.Semenjak itu, umat Islam di sana terdedah pada semua jenis ketidakadilan dan penindasan, pembunuhan, pengusiran, kesempitan ekonomi, dan rampasan tanah . Bahkan kewarganegaraan mereka turut dirampas kerana mereka dituduh menyerupai kaum Benggali dari segi agama,rupa ,dan bahasa.Adakah anda tahu bahawa umat Islam di Myanmar tidak mempunyai hak untuk kewarganegaraan.



Adakah anda tahu bahawa banyak kenyataan badan-badan hak asasi manusia berhubung isu rogol secara terancang yang menyasarkan wanita-wanita muslimah.

Adakah anda tahu bahawa tidak dibenarkan seorang muslim untuk berkahwin sebelum umur 30 dan tidak dibenarkan seorang muslimah berkahwin sebelum umur 25, dan kadang-kadang semua umat Islam tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh waktu yang tertentu.Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat untuk berkahwin yang ditetapkan, bermulalah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan , yang tidak akan diperolehi kecuali dengan bayaran yang tinggi dan rasuah kepada pegawai-pegawai tentera.


Sekiranya seorang wanita Islam mengandung, dia perlu pergi ke Pusat Tentera di kawasannya untuk mendedahkan perutnya dengan alasan pemeriksaan janin melaluji x-ray. Mereka bertindak sedemikian rupa supaya keluarga-keluarga Islam tidak berfikir untuk mendapatkan anak dan mengandung,kerana mereka mengetahui sensitiviti umat Islam mengenai isu aurat. 


Adakah anda tahu, bahawa selama beberapa hari,banyak kumpulan bersenjatakan pisau dan buluh tajam dari banyak kawasan dan bandar berkeliaran di wilayah Arakan, membunuh semua orang-orang Islam yang dijumpai, membakar dan memusnahkan ratusan rumah, terutamanya di kawasan "Mounganaw" di utara wilayah ini, di samping kota modal "Sittwe" yang merupakan ibu negeri wilayah Arakan. 


Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam di Myanmar, dan tiada agama yang dihina sepertimana Islam dihina di Myanmar.


(Diterjemah daripada artikel bahasa arab oleh Abdullah Azzam)


Ramadan kita dan Ramadan mereka, bagaimana agaknya?

Moga Allah bersama mereka...

20 July 2012

Selami jiwa, rawati rohani, perkasa peribadi


Kesilapan yang selalu berlaku bila berdoa, bila menghajatkan sesuatu, mereka selalu menutup doa itu. Menutup dengan memberikan spesifikasi.

Contoh,
"Ya Tuhanku, berilah keputusan Mumtaz kepadaku,"

ataupun

"Ya Tuhanku, jadikanlah fulan binti si fulan menjadi isteriku,"

Iya, memang kaedah ini tidak tepat. Kerana apa?
Kerana seolah-olah kita menyuruh Tuhan agar melakukan apa yang kita mahu, mengikut apa yang kita rancangkan, yang kita rasa rancangan kita adalah yang terbaik.

Memang manusia sifatnya begitu. Sentiasa merasa diri mereka yang betul. Patutnya, kita buka doa kita, buka seluas-luasnya

"Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalananku menjadi seorang doktor yang baik"

ataupun

"Ya Tuhanku, jika dialah terbaik untukku, maka dekatkanlah, jika tidak, maka jauhkanlah"




Idea asal di atas datang dari Dr. Fadzilah Kamsah. Terpukul muka sendiri bila menulis situasi pertama. Dushh~

Bersyukur itu lagi tinggi makamnya dari redha..

Ingat baik-baik bean
Ingat!Ingat!Ingat!Ingat!
 























Alhamdulillah, Ramadhan bulan barakah sudah kembali...

Rinduku,
pada ganjaranmu,
pada malam-malam terakhirmu,
pada syurga-Mu

Kurniaanmu,
haruman mengatasi kasturi,
ikan-ikan di lautan beristighfar,
rantai-rantai syaitan,
dan malam yang lebih baik dari seribu bulan



Ayuh kawan-kawan, di bulan ramadhan kali ini,
"perkasakan rohani, tingkatkan produktiviti"

SELAMAT BERPUASA =)


11 July 2012

Edisi Akhir sebelum Kembali


"Ramai orang selalu tersilap, mereka mengalah meneruskan langkah setelah melihat betapa jauhnya jalan yang perlu dilalui, tetapi mereka tidak sedar betapa jauhnya jalan yang telah mereka lalui untuk sampai ke tahap itu"


Alhamdulillah, selesai Tahun 2, sebenarnya sudah lama pun kami tamat kuliah, tapi itulah, malas mahu menulis

Doakan kami semua melepasi tahap kedua ini, semoga tiada yang perlu menempuhi tahun 2 buat kali kedua....


*******



Inilah hasil karya bila terlalu bosan di rumah. Sebenarnya mahu buat banyak gambar lagi, tapi itulah, macam biasa, malas.....


*******

Bakal bertemu lagi dengan keluarga setelah sekian lama.



Doakan.....


01 July 2012

Saya tahu kamu kuat

Kata-kata bijak pandai
 

" Hidup ini penuh dengan perkara yang tidak disangka-sangka. Kerana itu kita kena bersedia menghadapinya,"

Ujian itu datangnya tanpa petanda
Hanya untuk hamba yang disayangiNya


Saat menerima berita kehilangan, saya jadi kaku sebentar. Baru sebentar tadi saya bergelak tawa, tiba-tiba, sahabat saya kehilangan insan paling dia sayang.

Maafkan kami apik, ternyata Tuhan lebih menyayangi ayah kamu. Tidak bermaksud doa-doa kita tidak termakbul, tapi Tuhan telah merancang yang lebih baik untuk kamu, untuk keluarga kamu, untuk kita semua.

Semoga roh arwah di kalangan orang-orang mendapat hidayahNya.

Setiap yang bertemu itu pasti ada perpisahan, begitu juga aturan kehidupan.



Teringat saya satu kisah novel yang saya baca, Salju Sakinah, situasi hampir serupa, cuma apik lebih bertuah dapat bertemu ayahnya.

Begitulah, buat kita dan rakan-rakan yang masih berkesempatan, mengingati mati sudah tentu lebih baik. Jangan di sia-siakan masa yang masih ada bersama keluarga

**********

Buat ummi,
selamat hari lahir =)
along doakan agar Tuhan mencurahkan cahaya hidayah dan dipanjangkan umur.


Terima kasih kerana mengajar along menjadi anak muslim yang baik..
Yang tahu mengaji,
Yang tahu solat 5 waktu,
Yang tahu puasa penuh,
Yang tahu mana baik mana buruk
Yang tahu mana calon isteri yang terbaik?

Terima kasih banyak-banyak untuk semua


Tapi itulah,
Bila dua peristiwa berlaku di hari yang sama, perasaan ini jadi keliru..

Ummi, abah, 

along masih perlukan ummi dan abah berdua

Iskisk...




Related Posts with Thumbnails