Biar sudah 2 hari berlalu, tapi perit detik exam oral itu belum berakhir. Saya cuba hilangkan, tonton Runningman 2 episod, ada gelak, ada tawa, tapi perasaan itu datang semula.
Rakan-rakan ajak berfutsal, gelecek sana-sini, menjaring gol. Mungkin hilang seketika, tapi bila lelapkan mata, teringatkannya kembali.
Berkali-kali saya menyalahkan diri sendiri. Apakah mungkin diri ini yang terlalu mendabik dada kejayaan lalu dan mengambil ringan di masa sekarang?
Selalu juga saya menyalahkan tindakan pada hari itu, jikalau saya tidak menukar nombor bilik itu daripada 1 kepada 3, mungkin tidak saya berkeadaan begini kerana saya kira Dr. Bahaa itu lebih baik daripada bilik nombor 3. Mungkin saya lebih gembira seperti rakan-rakan lain yang dapat menjawab dengan jayanya.
Tapi, begitulah yang sudah terjadi.
Saya cuba ambil iktibar. Saya cuba bersabar. Mungkin itu sudah cukup.
Kemudian, Tuhan telah menentukan saya menemui video Dr MAZA. 'Jangan bersedih' tajuknya.
"Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun,"
"Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan di sisiNya,
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana dari jalan-jalan yang manusia x sangka,"
" dan kita selalu lupa untuk bersyukur, di atas segala ranjau kehidupan yang Allah telah keluarkan kita daripadanya,"
.
..
...
Sungguh, saya sebak.
Apalah sangat dugaan saya ini. Begitu banyak nikmat yang saya ada sekarang, saya boleh lupa gara-gara ujian yang tidak seberapa itu. Sungguh, saya lupa T.T
.....
Buat rakan-rakan dan hyung-hyung yang memberi semangat kepada saya, banyak-banyak terima kasih saya ucapkan. Anda semua telah berjaya menceriakan hari-hari saya =)
"Syukur itu lebih tinggi makamnya daripada sabar"
5 comments:
Semua orang buat salah.
Yang paling cerdik bila mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Rabbuna ma'ak...
boss :)
"ada hikmah dsebalik kejadian" :)
Ada orang yang lebih besar ujiannya. Ujian jadikan kita kuat , dan menjadikan kita lebih berhati2 ;)
God luck anak buah ku... Ada satu kata2 ' apa yg telah berlalu maka ia suda hilang' so pandang la kehadapan utk masa depan.. dan jgn sia2kan peluang yg Tuhan berikan...
Kerna syukur itu lebih tinggi makamnya drp sabar...alhamdulillah anda sudah memahaminya.... ;-)
Post a Comment