Karambunai Lagoon Park...
Sudah 7 tahun semenjak kali terakhir aku menjejakkan kaki di tempat ini. Itupun selepas program perkhemahan unit beruniform sekolah rendah dahulu. Oh, sungguh menggamit memori..
Dan, hujung minggu yang lalu, mereka sekali lagi buat program perkhemahan itu. Apa lagi, orang tua-tua bilang, 'fat chance'!!!...
nah, korang pun x tau kan apa tu 'fat chance'? Aku pun baru google tadi..hohO
********
Malam pertama perkhemahan, ada aktiviti 'burung pungguk'. X pernah dengar? Hmm..memang anda anak manja. Eh..jangan terasa. Hehe..actually, buat pertama kalinya dalam hidup, aku jadi salah seorang fasi. Bestnyaaaaaa!!! Macam nak melompat-lompat pun ada. Okeh, sambung cerita..
Baru ku tahu, best rupanya menyakat budak-budak ni. Terutama yang lemah semangat. Iya la, memang x baek buat gitu, tapi sekali-sekala apa salahnya kan. Hehe..(senyuman jahat).
Nak tahu apa aku buat? Calon-calonnya adalah, jengjengjeng..
1. Cucuk-cucuk badan guna ranting kayu
2. Buat bunyi ular lidi...erk, ada bunyi ke?
3. Goyang-goyang pokok
4. Buat suara mengilai..ehemm, jadi la jugak
5. Tiup-tiup angin..supaya jadi seram sejuk, harap-harap jadi
Okey murid-murid, semua tutup mata ketat-ketat |
"Bismillah, semoga dijauhkan dari perbuatan fasi-fasi yang melebih-lebih, amin" |
"semoga malam ini saya tidak terbuang air kecil dalam seluar" |
"Cikgu!! Tolong kami cikgu!! Waa!!" |
Sesi senamrobik |
Tapak perkhemahan |
Wajah-wajah ceria |
Sesi bergambar..smile =) |
Lucu melihat telatah mereka. Terasa macam nak join sekali. Tapi, apa boleh buat. Sekarang ni dah besar. Kena control sket..
kehkehkeh...
No comments:
Post a Comment