Pertama-tama sekali, ku rasa eksaited betol laa. Lebih-lebih lagi bila da keluar versi movie ni.
Zaman muda-muda dulu, aku x pernah miss 1 episod pon. Kalau miss, pergh...makan x lalu, tidur x lena, mandi x basah, buang air x keluar, senang cerita memang x tenteram laa.
Mula-mula aku tengok drama ni time kat rumah. Cuti punya pasal, aku sempat tengok 3 episod. Menusuk jiwa raga beb!! Bak kata seorang doktor banat, 'kena dengan hati' haha..
Pelakon comey-comey plak tu ..O.o
Bila da balik asrama, kebingungan melanda. Asrama yang ketiadaan kotak magic bernama TV itu membuat aku x senang.
Oh ya, sebelum tu, mari aku kenalkan member seangkatan. Peminat setia Nur Kasih ni. Kim nama glamournya. Err..actually ada yang lagi glamour tapi macam aib la plak..haha
Macam Remy Ishak kan? |
Dia punya otak, memang baek punya. Idea dia memang bernas. Masalah TV yang dihadapi dapat dia bereskan.
"Alaa, TV dewan makan kan ada," katannya
"Habis tu, pekerja dewan makan x marah?" aku menimbulkan persoalan.
"Itu x payah risau, serahkan semuanya sama aku," katanya, yakin.
Tengah hari tu, aku temankan dia jumpa kakak dewan makan. Dia punya mengayat memang power. Kejap je dah settle. Mamat ni memang terbaek laa
******
Kalau nak cakap kami x pernah kena cekup warden curi-curi tengok TV dewan makan tym prep tu memang tipu laa. Telinga ni biasa da kena jentik, dipulas secukup rasa dan macam2 lagi laa.
Tapi itu tidak akan mematahkan semangat kami especially si kim.
Plan B.
Dengan kepakaran yang ada, bilik komputer bukan masalah besar. Sasaran, nur kasih online.
******
Begitulah suka duka yang diharungi. Semua kerana nur kasih. Hebat sungguh penangannya.
*******
Sekarang ni aku demam, x sedap badan. Dan aku namakan demam ni, demam Nur Kasih~
FULAMAK!!
2 comments:
cik pulau memang excited habes tgk citer ni..
mase tu. lepas je terawih.. terus duk dpn tv dengan telekung2 lagi...
nurkasih mmg hebat..buat semua org demam.. demam nur kasih,^^,
waa..ni lagi hebat..
siap bertelekung lagi?? haha
Post a Comment