27 April 2012

Ntah-ntah


Ntah-ntah selama ini,
kita hanya melihat bayang,


bayang yang memperlihatkan kesempurnaan,

yang hilang tatkala sang suria menyapa,
dan tinggal lah si fulan,
mengagungkan kesempurnaan,
pada bayang yang hilang~



Oh Tuhan, jauhkan aku.....

******************







I
dan tidak lama lagi saya akan menempuh 1 musim 'kegilaan' seperti semester lepas
tidur lambat,
bangun awal,

makan kurang,
keluar rumah jarang,
dan macam-macam lagi lah. X boleh tulis banyak-banyak. Kalau tulis semua nanti ummi risau..haha

doakan saya berjaya mengharunginya


II
oh ya, tandas kami dah siap, memang hepi =D

kata Loy
"tandas kamu ni, boleh lagi solat di dalam tau!"

sangat-sangat hiperbola di situ....


19 April 2012

Nikmat yang hilang


Bila exam dah dekat-dekat ni, masa tu lah jugak aneka dugaan turun bertimpa-timpa






Orang kata, bila sesuatu nikmat itu ditarik balik, baru lah terasa kehilangan..

Ya, saya amat merindui nikmat tandas itu T.T



*Jadi, classmate, sila jangan hairan kalau kami kena constipation
~


11 April 2012

Kasih Tuhan itu besar


Jangan kau sebut bencana itu murka Tuhan,

Jangan kau sebut ini ketidak-adilan Tuhan,
Kerana kasih sayangNya mendahului murkaNya,
Dan Allah itu Maha Penyayang...


Gempa bumi Aceh, 8.7




***********


Doakan keselamatan seluruh umat manusia..
Semoga mendapat perlindunganNya~

amin....



05 April 2012

Perempuan itu

Perempuan itu milik syurga
Lelaki itu jalan pulangnya

Tanpa lelaki, perempuan sukar kembali,
tanpa perempuan, syurga x akan bererti

Maka kita yang meminjam perempuan di dunia ini,
kembalikanlah mereka kepada tempatnya..

*tulisan yang mengena di hati saya hari ini..



 ***********




Masa depan saya bukan dalam bidang basketball...

Sekian~



25 March 2012

Hidup adalah mimpi, Mati adalah sedarnya...


Terdiam, dan menginsafi diri seketika. Tuhan ambil nyawa arwah bukan kerana Tuhan sayangkan arwah sahaja, tetapi kita juga. Yang masih hidup, keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat sekeliling.

Muhasabah diri, perbaiki peribadi. Setiap yang dicipta itu ada titik bertemu dan berpisah, dan mati salah satu titik perpisahan.



 

Ini sahaja gambar yang mengingatkan kembali memori kepada arwah. Setelah lama tidak bersua, x sangka arwah pergi dahulu.

 *******

Tuyul, maafkan aku...
dan aku halalkan segala yang berlaku di antara kita..

Semoga engkau sentiasa di bawah naungan rahmatNya



Al-Fatihah
(Zulhelmi @ Tuyul)
-Leukemia


Related Posts with Thumbnails